Posts

Showing posts from November, 2012

Novel keduabelas yang saya beli

Image
Kisah dari alam percintaan dibawa hingga kisah berumah tangga. Kalau dulu Coke dan sundae bertegang urat dan bermusuhan kini mereka sudah duduk sebumbung. Kini Azyan sudah bergelar isteri kepada Doktor Muhammad Syakir a.k.a cicak kobeng . Rumah tangga mereka bertambah serinya setelah mempunyai cahaya mata tanda ikatan kasih mereka, Ameerul Hasif yang keletahnya memang memeningkan kepala pasangan suami isteri itu. Ingatkan aman sampai ke tua, rupa-rupanya ada juga ujian untuk Azyan dan Syakir. Dalam dok tengah syok layan kerukunan rumah tangga, mereka menjadi kalut dengan kehadiran Katrina Kaif a.k.a Kareena Kapoor yang menggoda suami kesayangan Azyan, Syakir. Si Katrina ni siap main bomoh Mak Esah sebab sudah tergila-gilakan Syakir. Huh! Dahsyat perempuan tu. Habis haru-biru kehidupan Azyan dek penangan Kareena Kapoor celup tu. Azyan tak puas hati. Lelaki kemain ramai dalam dunia ni, tapi Si Syakir juga yang jadi pilihan perempuan seorang itu. Lebih menghuru-...

Novel kesebelas yang saya beli

Image
Kata Adam Khalis: Hidup ini tak boleh berdasarkan ‘saya-suka-awak’ dan ‘awak-suka-saya’… and we live happily ever after – aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu, Kaseh. Hidup ini ada duri dan ranjau. Kata Kaseh: Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi; Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam; termasuklah tidak mewarisi harta benda daddy. Kaseh sanggup hidup macam orang biasa. Percayalah, Kaseh bersedia memberi semuanya, kerana sekali dalam hidup Kaseh, apa yang Kaseh ‘tahu’ apa yang Kaseh ‘mahu’ hanyalah Adam Khalis! Kata Orang: … opposite attracts. Bad girls go for good guys. True much? Tapi…sejauh manakah kebenaran teori ini? Boleh ke Adam – stok budak masjid, bertahan dengan Kaseh – playgirl of the century? Well, we’ll see, we’ll see!  … opps, dan jangan lupa Adam bakal menjadi kekasih yang ke-34 Nur Kaseh Kaisara!  

Novel Kesepuluh yang saya beli

Image
“Sorry, bang!” “Apa abang-abang? Saya nak awak basuh kasut saya yang awak pijak ni! Esok petang saya nak kasut ni kering!” Entah kenapa hanya kerana sepasang kasut Vans berwarna putih, Shafwan Zakuan mula melancarkan perang dengan Aina Azzalea. “Hei! Saya tak terima ni! Baju tu dah jatuh, dah kotor. Basuh balik!” Selalunya apa yang akan terjadi apabila senior bertemu junior? Ya… Buli! Hanya kerana satu kesalahan, memijak kasut putih Vans Shafwan, merebak pula ke kesalahan yang lain. Bertubi-tubi denda yang dikenakan oleh Shafwan si pelajar tahun tiga. Azzalea harus menurut perintah kerana dia masih di dalam minggu orientasi dan Shafwan itu Ketua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kolejnya. “Kaki encik yang tendang, jadi suruh kaki encik yang basuh balik baju-baju encik yang bau luluk ni!” Dalam menurut perintah, Azzalea melawan juga. Itu yang membuatkan Shafwan sengaja mahu menaikkan darah Azzalea kerana dia geram pula apabila Azzalea boleh menjawab dan wajahnya ...

novel kesembilan yang saya beli

Image
KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya. Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous! Aidan? My main course yang sangat menyelerakan! “Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan  Abang pedas? Eye Mo aku! “Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris “Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect! “Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris “Bukan di bawah umur, gadis di bawah ...

Novel Kelapan yang saya beli

Image
dek kejelitaan dan keanggunan yang dimiliki oleh Lisa, dia dicemburui oleh gadis-gadis di seluruh NiuryLand. Dia hanyalah orang biasa yang tak punya apa-apa, namun dialah Cinderella yang berjaya mencuri hati Putera Airil dalam suatu majlis tari-menari. Bermulalah episod percintaan antara dua insan yang bagai langit dan bumi ini. Namun di sebalik percintaan mereka, Lisa sedang menjalankan suatu misi. Misi yang diputarbelitkan oleh lelaki tamak bernama Adam. Kerana kasih yang kian mekar, Lisa tidak tegar mempersendakan perasaan putera raja itu lalu dia membawa diri jauh dari NiuryLand. Segala-galanya menjadi gelap-gelita bagi Putera Airil. Dia terkapar-kapar hidup tanpa Lisa di sisi. Gadis itu hilang entah ke mana. Untuk mempertahankan cinta sucinya, dia bangkit dan mencari Cinderellanya. Lisa harus ditemui untuk menjadi suri hatinya dan hidup bahagia di istana. Maka bermulalah tragedi yang tidak disangka-sangka...

Novel Ketujuh yang saya beli

Image
Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir. Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje. Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya. Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwan...

Novel Keenam yang saya beli

Image
Eh, ingat aku nak kahwin dengan kau? Aku nak kahwin dengan orang lain tau! Bukan kau. Perasan. Macam kau kacak sangat. ~ Lyanna Suami? Ya, dia isteri aku. Tapi, sayang. Aku tak pandai menghargai. Aku buta. Sekarang baru aku nampak. Aku tak nak sia-siakan dia lagi. ~ Fakhrul Adam tak nak tahu kenapa Lyanna berkahwin dengan orang lain. Yang Adam nak cuma Lyanna hidup bahagia. Adam tahu lelaki cacat macam Adam tak mampu nak berikan apa-apa. ~ Adam Kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh direncana. Kadang-kadang Allah temukan kita dengan orang yang kurang sifat penyayang, supaya kita sedar cinta hakiki hanya daripada Allah. Kadang-kadang Allah pisahkan kita dengan orang yang kita sayang, supaya kita belajar erti menghargai. Kadang-kadang Allah ambil apa yang kita sayang, supaya kita mengerti kepada-Nya kita akan kembali. **** IJAZATI HABIB melakarkan perjalanan cinta Lyanna, Adam dan Fakhrul yang penuh emosi di samping mengenalkan kita ke dunia arkitek. Ros Biru untuk D...