Posts

Showing posts from 2011

Kutemui cinta

Image
Adam sering memperdaya gadis-gadis demi melepaskan tekanan keluarga. Namun, tanpa disedari dia telah jatuh hati dengan gadis bernama Nadya. Hubungan Nadya dan Hafiz tidak disenangi Adam menyebabkan dia memusuhi Hafiz dan menjadi seorang pendendam. Adam sering memperdaya gadis-gadis demi melepaskan tekanan keluarga. Namun, tanpa disedari dia telah jatuh hati dengan gadis bernama Nadya. Hubungan Nadya dan Hafiz tidak disenangi Adam menyebabkan dia memusuhi Hafiz dan menjadi seorang pendendam. Pemergian Hafiz memberi kesedaran kepada Adam namun dia tidak pernah berputus asa merebut hati Nadya. Ketika itu muncullah Rafi yang turut menyimpan perasaan terhadap Nadya. Hakikatnya siapakah pilihan di hati Nadya? Adam atau Rafi?

Akulah Cinderalla

Image
Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq? “Apa ni? Nak cari gaduh ke?” “Apa dia? Aku buat apa?” “Kau luku kepala aku tu kenapa?” Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan be...

Rela Ku Menanti

Image
Bahagiakah Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam. Begitu juga dengan Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa. Zamil mencintai Nurin. Luqman juga mencintai Nurin. Yang mana satu pilihan hati? Zamil seolah-olah putus harapan apabila Luqman hadir dalam diri Nurin. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tapi bayangan Nurin juga yang sentiasa menghantui perasaannya. Siapakah pilihan hati Nurin? Adakah Zamil atau Luqman yang bertepuk sebelah tangan? Siapa pula yang terluka hati?

Kau Laksana Bulan

Image
Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya! Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya. Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta. Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentras...

Kasih Yang Suci

Image
Peminat Novel yang ingin mengetahu cerita Kasih Yang Suci terbitan Alaf 21 pasti juga menonton cerita Nora Elena, kerana drama yang sedang hangat di TV3 itu diadaptasikan daripada novel ini. Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru... Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah? Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan? Segala-galanya dalam Kasih Yang ...

Andai Itu Takdinya

Image
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya. "Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri." Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril. "Saya telah menjadi balu sebelum masanya da...

Sejujur Hatimu

Image
Reen dan Fahrin - hubungan mereka sedingin salju. Walaupun bersaudara, mereka tidak pernah sehati dan sejiwa. Fahrin bijak dan berkarisma menjadi kebanggan keluarga serta saudara-mara. Kelebihan Fahrin memarakkan lagi perasaan benci Reen terhadapnya. Usaha Fahrin dalam menjernihkan hubungan mereka tidak pernah berhasil sehinggalah masing-masing menginjak dewasa. Maya dan Fahrin - Kematangan usia membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Namun, segala-galanya sudah tersurat. Hubungan itu tercela hanya kerana sifat ego Maya yang mementingkan dunia pentas teaternya. Bagaimana kisah seterusnya? Siapa gadis yang sebenarnya bertakhta di hati Fahrin? Apakah hubungan antara Reen dan Maya

Saat Cinta Bersemi

Image
BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang. Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak. Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah N...

Kamceng dengan solat

Image
  Novel yg paling sy syg tadi novel nie dh hilang sbb ada org 2 dia pinjam tapi x reti2 nk bg blk...yg plg teruk dh byk kali sy mintak kat dia alasan dia blm abis baca lagi dh plk...geram ye... Chatting berjam-jam boleh, tapi solat lima minit pun dah mengeluh? Alhamdulillah, tiada sanjungan dan pujian yang berhak diucapkan selain kepada Tuhan yang maha penyayang sehingga tidak membiarkan manusia hidup tanpa petunjuk, nasihat dan peringatan. Selawat dan salam buat kekasih paling agung yang bertanggungjawab melebarkan dakwah di serata alam, Nabi Muhammad, keluarganya yang mulia, sahabatnya yang tercinta dan pengikutnya yang setia hingga akhir zaman. Solat ibarat makanan ruji bagi makhluk yang hidup. Tanpa makanan, manusia boleh mati. Ia diambil mengikut waktu-waktu yang ditetapkan. Begitu juga dengan solat. Malah, kalau anda fikirkan solat ada kalanya perlu kerap dilakukan. Mengapa terjadi sedemikian? Inilah persoalan yang manusia sering kali alpa. Tujuan pertama manusia ...

3600 Saat

Image
novel nie syahira nadia yg kasi pinjam... thank ye..ha3... Novel ini mengisahkan tentang Sofea, seorang remaja yang sangat bermasalah setelah ibu bapanya bercerai. Dia menganggap hidupnya sudah kosong dan tiada apa-apa lagi. Dia seringkali bertukar sekolah. Tidak sampai sepuluh hari di setiap kalinya. Sehingga mamanya menghantar dia ke sebuah sekolah swasta yang telah mengubah persepsi hidupnya sekaligus. Di sekolah itu, dia berkenalan dengan seorang budak lelaki bernama Hadi. Hadi seorang pemain piano yang hebat dan disebabkan itulah Hadi berkenalan dengan Sofea. Hadi seorang pelajar yang menghidapi masalah jantung sejak kecil. Hadi tidak dapat melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh remaja sihat yang lain. Namun dia berusaha untuk mempertahankan nyawanya. Sejak berkawan dengan Hadi, Sofea telah berubah. Perilakunya berubah menjadi lebih baik. Sehingga satu saat, Hadi ingin melakukan pembedahan jantung yang berisiko untuknya. Sebelum pembedahan Sofea telah menggu...

Bukan Tak Sudi

Image
Dia tidak pernah mencari. malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagi pun dia tidak mahu terburu-buru. maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti...merana seumur hidup.   Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain.... Si sarip Dol tu juga yang dia nampak.    Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada si Syariff tu...lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak pada lelaki itu.    Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam alo...

Princess Charming

Image
Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming. “Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?” Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya. Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak pan...

Biarlah YM Berbicara...

Image
novel pinjam terima kasih lah kat NURIAH NASIHAH sbb bg pinjam novel nie best kut...ha3... cerita tentang nurul adiya fatihah yg pernah ada kenangan buruk tentang lelaki yg bernama abg kamal akibat itu dia jadi takut untuk berdpn dgn kaum adam.tapi dgn charming dia jadi lembut hati... tapi mcm mana dgn encik firdaus yg minat dgn dia sampai sanggup mengambil dia sebagai pa ye... dan sanggup juga menjadi charming utk memikat adiya...

novel keempat yang saya beli

Image
diadaptasi dari cerita korea yg bertajuk lovin you jugak..ha3... Kira yang digelar ‘putera’ di sekolahnya bersikap dingin kerana memendam perasaan akibat cita-citanya untuk menjadi pemain piano profesional telah ditentang habis-habisan oleh ayahnya. Ayahnya mahukan dia meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka yang berkembang pesat di seluruh dunia. Kira hampa kerana mendiang datuknya yang mencintai muzik pernah memberikan galakan kepadanya untuk bermain piano. Sementelah, kawan karibnya sejak kecil iaitu Setsuna telah berjaya menjadi bintang pujaan ramai dan mendapat sokongan padu daripada keluarganya. Perjalanan hidup Kira berubah dengan kehadiran Kotomi. Kotomilah satu-satunya gadis yang berani memarahinya dan membuka matanya tentang warna-warni kehidupan di dunia ini. Dengan dorongan dan sokongan yang diberikan, Kira mula membuka hatinya terhadap kemanisan hidup bercinta dan keindahan melodi simfoni yang beralun dari piano. Namun… kecelakaan yang menimpa Kira telah...

novel ketiga yang saya beli

Image
qantan biru langit adalah nama seorg perempuan dia diminati oleh 3 org lelaki tetapi dia hanya teringatkn sorg saja iaitu khalid zhafran,tetapi dia tidak blg bersama khalid..manakala razif khusaini yg dulu ye terlah dijodohkn oleh datuk qantan dgn ye.rafael vivarte juga meminati qantan dan akn cuba menjadi lelaki terbaik di malaysia pada pandangan qantan..ha3...

Novel kedua yang saya beli

Image
novel ini berkisah kn qasrina yg bercinta dgn danish tapi berkahwin dgn azahari ayh kpd danish...akibat kehilangan ibu dan ayh ye dlm 1 kemalangan qasrina tidak dpt berfikir dgn baik dan x dpt hendak menguruskn diri ye dgn baik oleh itu azahari dan danish telah diwasiatkn supaya menjaga qasrina...pada 1 mlm ada jiran mereka yg mengadu ada lelaki yg dtg ke umah qasrina 2...oleh itu qasrina dan azahari tlh didatangi oleh jakim dan mereka terpaksa berkahwin...

Novel pertama yang saya beli

Image
cerita nie psl sorg bdk bernama dania akibat kemalangan di kehilangan ayah dan ibu skrg di dijaga oleh adam kwn kpd ayah ye...dia terpisah dgn abg ye keraan abg ye telah diambil sebagai anak angkat oleh pasangan suami isteri...adam yg blm berkahwin sering bertayakn pendapat sarah bagaimana nk kembalikn dania dari troma ye itu...